Friday 31 May 2013

utama


CADANGAN PERANCANGAN AKTIVITI
BIRO PROMOSI, PUBLISITI DAN KEBAJIKAN TAHUN 2013

1.0
Pendahuluan



Persatuan Sains dan Matematik  Negeri Sembilan telah ditubuhkan bagi menyokong pembelajaran dan pengajaran Sains dan Matematik di sekolah serta  memperkembangkan pemikiran saintifik dalam kalangan semua murid dan guru khususnya dan seluruh warga Negeri Sembilan amnya.
Ini bermatlamat akhir dimana dapat membentuk  modal insan masyarakat saintifik, inovatif dan menyumbang terhadap perkembangan sains dan teknologi.


2.0
Rasional



Bagi merealisasikan hasrat di atas peranan Jawatankuasa promosi dan publisiti diperlukan dalam menyebarkan maklumat berkaitan dengan Persatuan Sains dan Matematik Negeri Sembilan serta aktiviti yang boleh dimanfaatkan oleh semua lapisan masyarakat.
Bagi hal ehwal kebajikan , jawatankuasa ini akan bertindak di atas keputusan dalam mesyuarat .


3.0
Objektif dalam pelaksanaan Promosi dan publisiti dalah seperti berikut:


3.1
Mendaftarkan semua ahli yang layak khususnya dalam kalangan warga pendidikan yang terlibat secara langsung dan tidak langung dalam pendidikan sains dan matematik.

3.2
Membina satu saluran interaktif dalam penyaluran maklumat seperti blog atau website.

3.4
Berkerjasama dengan aktiviti Bidang Sains dan Matematik JPNS dan Biro Profesionalisme




4.0
Tarikh


Sepanjang tahun 2013







5.0
Perancangan Kaedah Pelaksanaan


Bil
Objektif

Cadangan Pelaksanaan
Catatan

5.1

Mendaftarkan semua ahli yang layak khususnya dalam kalangan warga pendidikkan yang terlibat secara langsung dan tak langung dalam pendidikan sains dan matematik.






i. Rujuk kepada pelembagaan Persatuan
ii. Mengedarkan borang keahlian
iii. Wujudkan pengkalan data Guru Cemerlang dalam bidang Sains dan Matematik

Sediakan senarai ahli dengan kerjasama setiausaha.

5.2

i. Membina satu saluran interaktif dalam penyaluran maklumat seperti blog atau website.
ii. Menerbitkan brosur atau fliers atau journal berkaitan hasil aktiviti Persatuan
iii. Mempromosikan aktiviti-aktiviti persatuan yang dirancang dan akan dilaksanakan


i. Bekerjasama dengan unit ICT JPNS untuk bina web/blog[surat permohonan]
ii. Bekerjasama dengan JK Penerbitan dan Kajian Tindakan dll


Aktiviti yang telah diputuskan dalam mesyuarat

5.3

Menghimpunkan ahli untuk tujuan memaklumkan objektif penubuhan persatuan dan Seminar Pemantapan Pemikiran Sains dan Teknologi atau pemikiran High Order Thingking Skills[HOTS]


i. Boleh jemput Penasihat persatuan atau orang yang pakar dalam bidang Sains dan Matematik


Kerjasama dgn JK Pembangunan Profesional Guru
5.4
Mempromosikan aktiviti Bidang Sains dan Matematik JPNS
Mendapatkan maklumat dari Unit Koku


6.0
Kos  Pelaksanaan



Akan ditentukankan dalam mesyuarat khas AJK Promosi dan Publisiti apabila perancangan diluluskan dalam mesyuarat AJK


Disediakan oleh
SAADIAH BINTI SAAD
Pengetua
SMK Taman Semarak, Nilai
Merangkap ,
KETUA JAWATAN KUASA PROMOSI PERSATUAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Wednesday 6 March 2013

BENGKEL PEMBINAAN DAN PENGURUSAN LAMAN BLOG

Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Negeri Sembilan Darul Khusus telah berjaya mengadakan Bengkel Pembinaan Blog pada 6 Mac 2013 bertempat di PKG Ampangan , Seremban
18 AJK persatuan telah memanfaat peluang untuk menbina blog bagi setiap jawatankuasa. Turut hadir sama Pn Radziah binti Abd Manap, Ketua Sektor Pengurusan Akademik.
Sepanjang satu hari perbengkelan, peserta telah menunjukkan semangat yang tinggi untuk menerokai bidang blogger ini. Rata-rata peserta berpuas hati dengan bengkel yang telah di laksanakan. Satu lagi anjakan kepada persatuan.
Terima kasih kepada pemudahcara En Shafiee bin Siron.